Jangan Malas Solat!

Jangan Malas Solat!

Thursday 8 December 2011

:::..kehendak yang x pernah sudah-sudah...:::

Apa yang kita hajatkan?? Perlukah semua yang kita hajatkan ne mesti kita miliki?? Sampai bila hajat kita ne akan tertunai?? Kenapa kita berhajat sangat perkara yang x sepatutnya kita hajatkan?? Bagaimana untuk kita merealisasikan apa yang kita hajatkan tu?? Siapa yang akan memenuhi semua hajat kita ini?? Apakah setiap kehendak kita itu sia-sia?? Bagaimana hendak membezakan kehendak dan keperluan?? Sampai bila kehendak kita ini x kan berhenti-henti?? Secara peribadinya semua persoalan itu sering bermain di fikiran ana semenjak ana lahir lagi..dan ana percaya dan amat yakin walaupun x semua tapi mesti ada sebahagian ataupun satu dua persoalan yang ana timbulkan dia atas yang pernah bermain di minda fikiran sahabat-sahabat sekalian..kan?? Siapa yang nak menjawab semua persoalan itu??kitalah yang akan cuba menjawab semua persoalan itu..kata mohd sayuti omar pakar penganalisis politik..”kita yang memahami siapa diri kita..”haaa…ana nak start bercerita ne berdasarkan pengalaman yang ana lalui..huhuhu..buat sahabatku midi dan abu qohafah..”aku nak start cerita dah ne..hang baca elok2..aku x tipu..hahaha..” buat pengetahuan antum “hang” dalam loghat kedah ne bermaksud engkau…huhu..informasi x langsung.. Ok2..ana nak start bercerita dah..ana ne dulu pakai telefon bimbit yang murah ja..kaler pon dua warna ja..hitam dengan kuning..ana guna handset tu sampailah ana belajar di Jordan ne..takdir allah taala handset ana tu rosak dan kena curi…huhu..jadi sebenarnya sebelum handset rosak tu pun,ana dah pasang cita2 nak beli handset baru kat sini..jadi ana pun simpan duit setiap hari nus dinar..klau ikut matawang Malaysia sama dengan RM 2.50..1 dinar Jordan sama dengan RM 5.00..haa..pendekkan cerita ana gtaw kat mak ayah ana dlu laa..nak mintak izin..yala..mungkin orang akan kata apa laa..dah besar pon nak wat camtu..bagi ana,kita sebagai anak ne..kena berkongsi apa pun dengan mak ayah kita..ok2..sambung cerita..huhu..sebenarnya ayah gan mak ana x bagi pun beli handset baru..asalnya mak ana nak pos ja handset mak ana tu..hahaha..tapi ana ne merajuk kuat..last2 mak ayah ana bagi..haha..ana beli nset biasa ja nokia jnis xpress music model X3..kiranya ana jual cincin kesayangan ana r kat arab..batu arked merah..huhu..sedeyh2..tapi cincin ada banyak lagi..hihihi.. Selesai ceta ana tu,ana nak gtau kenapa mak gan ayah ana x bagi beli..dan apa yang mak ayah ana cakap,ana dapat rasa kesan tu sekarang ne..haha..allah bagi cash..ayah ana ceta orang yang mengaji agama ne terutamanya laa, jangan mudah sangat terpengaruh dengan dunia..hari ne ayah ana kata ulama’ dah makin hilang izzah sebagai seorang ulama’..pergi mana pun naik kereta mahal..rumah besar..sebenarnya x perlu pun sebagai seorang ulama nak ada semua tu..ayah ana kata..nanti bila dah kerja akan timbul pulak dalam hati..”aeh..kawan aku ne pakai mercedez aku pakai waja je..”..haaa..last2 kita ikut nafsu kita..dan apa yang berlaku hari ne yang jadi kat ana,ana tengok kawan ana pakai handset canggih lagi..mahal lagi..ana pun nak jugak..ana dah rasa kesannya bila kita ne dah jatuh hati dengan dunia..salahkah kita nak menikmati apa yang ada??tu satu lagi persoalan yang mungkin akan antum tertanya2 bila baca post kali ne… (kesimpulannya..ana memang x reti nak bersyukur..hina sungguh ana ne..terpedaya dengan dunia..saidina ali pernah berkata.." MANA MUNGKIN DUNIA MAMPU MENIPUKU.."ya allah..jadikanlah kami sezuhud rasulullah..sahabat2 dan para awliya') ana membawa satu cerita salafusolleh..sebenarnya 2 orang waliyullah hassan al basri dan ibnu sirin tidaklah mempunyai hubungan yang sangat baik..satu hari hassan al basri bermimpi beliau dalam keadaan telanjang di tengah padang pasir dan hanya memegang tongkat sahaja..jadi beliau nak tahu sangat apa sebenarnya tafsiran mimpinya itu..jadi pada zaman itu ibnu sirin adalah pakar tafsir mimpi..hassan al basri malu untuk bertanyakan kepada ibnu sirin akan mimpinya itu..jadi beliau menyuruh anak muridnya pergi bertanyakan kepada ibnu sirin tanpa memberitahu beliaulah yang bermimpi sebegitu..dipendekkan cerita,sampailah anak muridnya itu di rumah ibnu sirin..jadi anak murid itu terus bertanya.."wahai tuan yang bijaksana..sahabat saya ada bermimipi, dia dalam keadaan telanjang di tengah padang pasir dan hanya di tangannya sebatang tongkat..boleh tuan tolong tafsirkan??"ibnu sirin tersenyum lebar..panggilkan hassan al basri berjumpaku sekarang..kerana itu mimpinya.." anak murid itu tercengang..kalau ana pun..fuh..memang pelik r cam na ibnu sirin boleh tahu itu mimpi siapa..jadi,anak murid tu pun balik la..segera dia maklumkan kepada gurunya..hassan al basri bingung bagaimana ibnu sirin boleh tahu itu adalah mimpinya??jadi bergegaslah hassan al basri ke rumah ibnu sirin..sampai2 saja hassan al basri terus bertanya.."bagaimana kamu boleh mengetahui itu adalah mimpiku??dan apa tafsiran mimpiku??" ibnu sirin tersenyum lagi..beliau menjawab.."maksud mimpimu yang kamu berkeadaan telanjang dan hanya memegang tongkat ialah..kamu telah meninggalkan dunia..dan hanya allah tempat kamu bergantung..siapa lagi yang layak untuk bermimimpi sedemikian kalau bukan kamu wahai sahabatku HASSAN AL BASRI.." semenjak dari kejadian itu hubungan mereka semakin akrab..yang pastinya sebelum apa2 jangan suk zon..salah sangaka kenapa waliyullah ada cam gaduh sikit2..bahaya2.. memanglah kalau baca cerita tu kita x mampu nak jadi sezuhud dan sehebat para waliyullah ne..sebenarnya tafsiran makna zuhud ne pun pelbagai..cukuplah kita bersederhana..nabi bersabda mafhumnya.."sebaik-baik perkara adalah bersederhana.." (kehendak dan nafsu manusia x pernah penat tuk melalaikan manusia..sekadar gambar hiasan..) Untuk menjawab persoalan yang ana tinggalkan di atas..salahkah kita nak menimati apa yang ada??Tak salah..Cuma sekadar nak mengajar kita dari asyik mengikut nafsu kita..kehendak kita x kan habis-habis..boleh..kalau nak tunaikan kehendak kita..Cuma kena berpada-pada dan ada indicator kita supaya kita ne x jatuh hati dengan dunia…terus terang ana nak beritahu,ana memang menyesal ada handset baru ne..kita diajar untuk “ MEMBENCI DUNIA DAN MENYINTAI KEMATIAN..”jangan salah faham pulak istilah benci dunia tu..siapa contoh yang paling dekat tuk kita ambil sebagai teladan kita dalam tajuk post kali ini??siapa lagi kalau bukan TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT..ulama’ tersohor di serata dunia..ini bukan isu politik..ini adalah hakikat..ada kelapangan ziarahlah rumah tok guru nik aziz..makan dalam pinggan kuning yang orang guna wat kenduri kampung..petang2 makan biskut cicah biskut kering ja..allah…ana pun x taw nk ungkapkan macam mana..ana mengharapkan kehidupan ana macam tu..itulah juga apa yang ayah ana harapkan dekat ana dan adik2 yang lain..kehidupan yang bersederhana..insya allah kita akan sentiasa terpelihara dari gelora nafsu yang membara..akhir dari ana..” kita tidak boleh mengawal apa saja perasaan dan kehendak yang seringkali menjadi lintasan hati kita..tapi..kita boleh mengawal tindakan kita..”faham x??ke x faham jugak??hahah..apa2 pun…maafkan ana atas kekurangan dalam penulisan ana ne..terima kaseh atas kesudian antum membaca..maafkan sekali lagi kalau penulisan-penulisan ana ne mengecewakan antum..ana ne hanyalah insan yang lemah..maafkan ana buat yang kali terakhir kalau ada sesiapa yang tersinggung….assalamualaikum..

Saturday 30 July 2011

“Kau Cintakan Dia. Tetapi Adakah Dia Cintakan Kau?”

Kita semua mempunyai perasaan sayang dan cinta. Itu lumrah manusia. Malah ia sifat fitrah yang telah ALLAH wujudkan di dalam diri setiap manusia. Cinta sesama manusia, cinta kepada harta, cinta kepada tanahair, cinta kepada kerjaya dan sebagainya.

Pernah kita kadang-kadang dikecewakan. Cinta yang mendalam melahirkan sakit yang mendalam tatkala dikecewakan. Tiada makhuk yang sempurna keadaannya. Cinta pasti melahirkan kekecewaan. Jika sepanjang cinta tidak pernah melahirkan kecewa, pasti di hujung usia ia datang juga untuk mengecewakan.

Mustahil kecewa tidak datang menjenguk diri. Ia mungkin datang sekejap dan pergi. Ia mungkin sekadar mencederakan hati. Sembuh kembali. Atau mungkin juga sehingga membunuh hati. Pokoknya, kecewa dan cinta datang bersekali.

Namun, ada satu cinta yang apabila kita meletakkan cinta, cinta itu tidak akan mengecewakan kita. Yang mana kita rela berkongsi cinta. Cemburu cinta tidak pernah menjelma. Nyaman dan tenang mendamaikan jiwa. Kecewa tiada. Cinta berbalas adalah suatu yang nyata.

Cinta apa itu? Itulah namanya cintakan ALLAH!

Tempat dan kedudukan cinta kita di sisiNYA terbela. Bagaimana cinta kita kepadaNYA, sebanyak itu jugalah cintaNYA kepada kita. DIA meletakkan kita sebagaimana kita meletakkanNYA. Malah, mungkin lebih dari apa yang kita sangka.

Sedangkan mencintai makhluk, kita belum tentu dapat merasai kenikmatan seumpama itu. Belum tentu apabila kita cinta makhluk 100%, dia juga cintakan kita sebanyak itu. Belum tentu apatah lagi tidak tahu.

Cinta kepada makhluk, kita mesti menjaganya. Tetapi cinta kepada ALLAH, ALLAH menjaga kita. Cinta kepada makhluk yang tidur atau berjauhan, kita tidak dapat berhubung dengannya, tetapi cinta kepada ALLAH adalah cinta yang berhubungan sentiasa. Cinta kepada makhluk melahirkan rindu dan tangisan yang kadang-kadang mendatangkan sengsara. Tetapi cinta kepada ALLAH melahirkan rindu dan tangisan kepuasan yang menenangkan jiwa.

Jika orang bertanya tentang cintaku kepada makhluk, “Kau cintakan dia. Tetapi adakah dia cintakan kau?” Aku jawab, “Ya, barangkali.”

Tetapi jika orang bertanya tentang cintaku kepada ALLAH, “Kau cintakan DIA. Tetapi, adakah DIA cintakan kau?” Aku jawab, “Ya, DIA mencintaiku, pasti.”

Berbaloi bukan? Justeru, mana cinta wajar menjadi keutamaan?

(Cinta Allah dapat diraih dengan menunaikan hak-hakNya dan demikian juga cinta manusia dapat diraih dengan menunaikan hak-haknya dan memperlakukan mereka secara adil dan baik. Mendapat cinta Allah adalah tujuan utama seorang hamba dalam hidupnya, maka wajib bagi seorang hamba untuk mengetahui hal-hal yang mendatangkan kecintaan Allah.)

"Ya Allah suburkanlah rasa cintaku ini kpdMu dgn sebenar2 rasa ketaqwaan dan kesabaran...aku cinta dan aku sayang kepadaMu,Ya Tuhanku.Kaulah yg akn sentiasa bertakhta dlm hidup dan matiku."

Friday 29 July 2011

Cinta seorang sahabat kepada sahabatnya kerana Allah...

Assalamu ‘alaikum sahabat…
Semoga saat engkau membaca surat ini, engkau dalam keadaan tersenyum. Karena Allah telah menghadirkan kembali rasa sayang serta KasihNya padamu. rasa yang sama saat kita bersama dulu, menjalani hari – hari penuh lelah, merangkai senyum dalam keletihan. Namun, kita menghimpunnya dalam suasana penuh cinta.
Sahabatku.
Sekali lagi aku menyapamu, untuk sebuah rasa rinduku padamu. Apa kabarmu hari ini? Dari tempat aku menulis sepucuk surat ini, aku selalu berdoa dalam segenap hatiku, agar engkau di sana tetap teguh dalam keimanan, dan Allah tak pernah hentinya mencurahkan RahmatNya padamu.
Sahabat…
Pernahkah kau berpikir mengapa Allah mempertemukan kita? Adakah semua kenangan indah yang kita alami terjadi begitu saja. Aku tak kuasa membendung butiran cinta bila merenungi semua ini. Semalam di sepertiga malamku, ku curahkan segenap rinduku pada Sang Pemberi Cinta, karena aku tahu padaNya lah bermula rasa rinduku padamu. dan tak lupa sebait doa ku lantunkan di sepertiga malam ku itu, agar kau selalu dalam naunganNya.
Sahabat….
Terakhir kali kala kita akan berpisah, sebenarnya aku benar – benar tak kuasa melepasmu, kenangan - kenangan manis yang telah lama kita jalin, rasanya terlalu erat untuk diuraikan. Tapi senyummu ketika itu, mengisyaratkan agar aku tetap tabah. Hingga kini bila jiwaku terasa sunyi wajah ceriamu selalu hadir. Seolah engkau benar – benar ada di sampingku. Menghiburku dengan cerita – cerita indah dari syurga, cerita tentang orang – orang yang selalu dikasihi Allah karena saling mencintai karenaNya.
Sahabat…
Suatu kali saat cahaya senja menaungiku di bibir pantai, aku termenung sambil menatap riak – riak air laut yang tenang. membiarkan angin dengan lembutnya menerpa wajahku. Mengusikku, yang kala itu sedang terkenang akan dirimu. Dan butiran beningpun kembali mengalir, sesekali riak – riak air laut menggodaku, menyentuh kakiku yang tak beralas.
Sahabatku, yang jiwamu selalu terpancar cahaya keimanan
Bila bisa memilih, aku ingin selalu setia bersamamu, mendengarkan cerita – cerita indahmu, atau menghiburmu kala kau sedang berduka. Tapi, aku mengerti bahwa sang Khaliq telah menyiapkan skenario terindahnya untuk kita, sehingga Tak ku risaukan lagi apapun takdir Tuhan tentang kita nantinya, bisa mengenalmu saja aku sudah sangat bersyukur. Aku bersyukur karena Allah telah menghadirkan dirimu pada sepotong mozaik hidupku yang singkat ini. Sepotong kenangan indah bersamamu, mampu mencerahkan setiap langkahku.
Sahabat….
Sepucuk Surat yang engkau genggam ini, ku tulis dengan hati yang bergetar. Setiap untaian katanya adalah kuntum – kuntum rinduku padamu. aku menulisnya dengan perasaan yang sama saat kita meguncapkan janji – janji suci, bahwa kita akan bertemu kembali di tempat terindahNya, syurga firdaus. Kini, saat kita tak bersama lagi. Hanya janji suci itulah yang menguatkan aku, mengiringi langkahku dalam merangkai cita –
cita.
Sahabatku,
Semenjak kita berpisah, aku telah mengenal banyak orang, bertemu bermacam rupa manusia. Namun, tak kutemukan satupun perasaan yang sama saat bersamamu. Ada kehangatan jiwa yang ku rasakan, saat kita menertawakan kecerobohan kita sendiri, kau telah mengajari aku bagaimana cara agar kita tetap tersenyum, meski takdir terasa pahit.
Sahabatku…
Ku harap engkau selalu dalam kebaikan, jagalah selalu shalatmu, tilawahmu, serta lisanmu. Sehingga para malaikat menyaksikan engkau sebagai hambaNya yang sempurna dalam keimanan. Sahabatku, ku harap pula agar engkau selalu menjaga akhlakmu di manapun engkau berada, serta kepada siapapun, kepada orang yang muda ataupun tua, bahkan kepada orang – orang yang membencimu sekalipun.
Begitu juga diriku, ku mohon agar engkau selalu mendoakanku. Agar kita bisa menjadi pribadi yang menawan karena akhlak dan ilmu.
Sahabatku..
Seterjal apapun perjalan yang kau tempuh, sepahit apapun kisah yang kau rasa. Ku mohon padamu, janganlah pernah berpaling dari cahayaNya. Yakinlah, bahwa engkau tak pernah sendiri, Allah dengan segala kemurahanNya akan selalu membimbingmu, asal dirimu selalu menjaga waktu untuk selalu dekat padaNya.
Sahabatku yang hatinya selalu terpancar cahaya Illahi, selalu ada ruang dihatiku untukmu, karena kau telah terlebih dahulu membesarkan hatiku. Dan aku berharap semoga kita bertemu kembali walau di tempat dan waktu yang berbeda, namun masih ada cinta di sana.
Sahabatku, yang karena Allah aku merindukanmu.
Inilah sepucuk surat yang ku tulis untukmu, ku tulis dengan hati yang ikhlas, dengan jiwa yang basah. Semoga setelah engkau membacanya, semakin terjalinlah rasa persahabatan kita. Dan semakin semangat pula ikhtiar kita menuju jalanNya. Semoga Allah menghimpun kita di taman – taman surganya, seperti janji suci yang telah kita ikrarkan.
Wassalam.

Friday 8 July 2011

CERPEN: Solatku. Ibadahku. Khusyukku. (Bhg 1)



AllahuAkbar AllahuAkbar..
AllahuAkbar AllahuAkbar..

“Min, dah azan tu, jom turun surau sekali” laung Aqilah kepada teman sebiliknya yang sedang ralit menghadap laptop.

“Kau turunlah dulu, aku solat di bilik ja..ada keje sikit ni..”


45 minit berlalu..

Balik dari surau dia melihat temannya begitu “khusyuk” di hadapan komputernya. “Amboi, sampai nak tembus skrin tu kau tenung, tak jawab salam aku pun..”

“Ye? Aik kau dah balik dari surau Qila?”

“Iya, makan kat kafe jap tadi dengan Afifah sakit pulak perut ni, naik bilik dulu la sementara tunggu Isyak”

Mendengar itu, Jasmin mengalih pandang ke skrin laptopnya melihat jam. 8.30malam.
 “Masya-Allah dah nak dekat habis maghrib ni.” Buru-buru Jasmin bangun ke bilik air.


Enam minit kemudian..

“Huh, sempat juga..F1 betul!” Jasmin menggumam perlahan setelah selesai solat tetapi masih boleh didengari Aqilah.

“Alhamdulillah sempat..Sekejap je pun solat bukan lama pun kan..ok lagi solat 5 minit, ada pernah Qila nampak lebih kurang seminit ja sembahyang zohor, macam burung belatuk pun iya juga, tak ada toma’ninah dah, bukan main express

“Iya ke? Kalau seminit tu aku tak tau la boleh khusyuk ke tak, aku yang solat kalut-kalut macam tadi pun boleh anggar percentage khusyuk tak lebih dari 50%, asyik terlintas supaya sempat ja.” Balas Jasmin.

“Kalau solat pun sambil lewa dibuat, khusyuk pun hilang entah ke mana, kita risaukan celaan Allah dalam surah Al-Ma’un itu..moga-moga Allah menerima semua solat kita yang selalu lompang kita lakukan..”

“Amin..Qila, macam mana nak khusyuk dalam solat ek?”


Bersambung..

“Indahnya tinta da’wah”

Cerpen: Solatku. Ibadatku. Khusyukku. (Bhg 2)



“Min, nak masuk waktu dah ni. Jom kita turun ke surau. Sambil kita berjalan nanti Qila jawab serba ringkas tentang tu ya.” Ujar Aqilah sambil tersenyum kepada Jasmin.

Mereka berdua beriringan menapakkan kaki ke Musolla Al-Iman untuk solat berjemaah. Mereka siap-siap memakai mukena. Lagi lima minit waktu Isyak akan menginjak masuk. Surau tersebut terletak di tengah-tengah antara blok-blok kediaman pelajar Kolej Kediaman Seri Angsana. Blok mereka paling hujung. Jadi tidak boleh berlengah-lengah jika ingin solat berjemaah di surau.

“Dua minggu lepas Qila ada tengok al-Hidayah.. best juga kupasan tajuk hari tu, tentang solat. Tambah best bila Ustaz Zahazan Mohamed bagi pengisian juga.” Aqilah memulakan bicara.

“Ustaz Zahazan? Yang Qila selalu dengar Kuliah Tafsir selepas solat Subuh di radio IKIM tu?” Jasmin menyoal.

“Yup. Dia la. Em, Min ada tanya tentang macam mana nak khusyuk dalam solat kan tadi? Ha, Ustaz Zahazan ada bagi sedikit tips tentang tu.” Tutur Aqilah berhenti sebentar.

“Assalamualaikum…” sapa Aqilah sambil manis tersenyum dan menganggukkan kepala sedikit kepada dua orang pelajar perempuan yang berselisih dengan mereka.

“Wa’alaikumussalam…” kedua-dua mereka membalas salam dan senyuman Aqilah. Jasmin di sisi Aqilah juga turut menghadiahkan senyuman kepada mereka.

“Formula yang sangat mudah Rasulullah ajarkan kepada kita untuk dipraktikkan. Beri salam. InsyaAllah kita semua akan saling kasih mengasihi sesama saudara seIslam.” Tutur Aqilah perlahan sebelum menyambung lagi.



Okback to our topicTips untuk khusyuk solat. Ada ENAM. Pertama, hadirkan hati kita dalam solat. Kedua, cuba faham dengan setiap bacaan dalam solat. Ketiga, masa kita solat hadirkanrasa keagungan kepada Allah. Keempat, merasa malu kepada Allah. Then, merasa takutkepada Allah. Terakhirnya, mengharapkan sepenuh hati kepada Allah.” Aqilah menyenaraikan satu per satu kepada Jasmin secara lambat-lambat supaya dapat ditangkap Jasmin.

“Em.. Merasa malu kepada Allah..jarang dengar kan..bila kita nak merasa malu kepada Allah ni, kita kena rewind and ingat balik segala tingkah laku kita..kan Qila?”

“Iya betul tu Min, dari situ secara tak langsungnya kita akan rasa begitu kerdil sekali depan Allah dan ingin benar-benar Allah mendengar segala bicara kita dalam solat...” Tambah Aqilah.

Ketika mereka menghampiri pintu surau azan pun berkumandang. Aqilah melangkahkan kaki kanan memasuki surau. Ada ramai juga turun ke surau waktu itu.

‘Alhamdulillah…’ detik hati Aqila.

Dekat sebelah kanan sliding door surau seperti biasa Hakimah bersandar di dinding. Aqilah tersenyum. Dia mendekati Hakimah dan bersalaman dengan sahabat baiknya itu.

Ketika jemaah solat sedang khusyuk bersolat dalam rakaat kedua, kedengaran suara orang menjerit dari blok pelajar perempuan. Kedengaran agak jelas di pendengaran. Namun, itu tidak mengganggu konsentrasi Imam yang sedang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dengan merdu.

Selesai mengaminkan do’a bahu kanan Aqilah terasa dicuit. “Kak Qila, ada student kena rasuk!” cemas nada pembawa khabar itu.

“Innalillah…dekat mana ni?” pantas Aqilah bangun dan memecat mukenanya. Pergerakannya cekap melipat telekung sembahyang itu dan dimasukkan ke dalam beg sandang berwarna coklat tua yang selalu dibawa kemana-mana. Pelajar yang datang mencarinya dalam hal-hal sebegitu bukan menjadi suatu perkara pelik kerana dia memegang taklifan Exco Kerohanian dan Kebajikan bagi Jawatankuasa Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Seri Angsana. Segala hal kerohanian dan kebajikan pelajar-pelajar kolej kediaman yang seramai dua ribu lebih itu menjadi tanggungjawabnya.

Aqilah mendekati Hakimah yang sedang bersalaman dengan Ruwayda. “Jom tolong ana, adastudent kena rasuk.” Aqilah mengajak mereka berdua.

Mereka berempat melangkah pantas menuju ke blok Fatimah Az-Zahra. Blok tersebut terletak sebelah kanan surau. Sesampainya di aras dua blok kedengaran suara nyaring semakin dekat. Tidak lekang istighfar meniti perlahan di bibir Aqilah dan sahabat-sahabatnya.

Berdekatan rumah bernombor 07 terdapat kerumunan beberapa pelajar perempuan. Mereka memberi laluan kepada mereka berempat yang baru tiba. Mereka menanggalkan sepatu di tepi pintu sebelah dalam rumah.

“Assalamualaikum..” Aqilah memberi salam ketika berada di muka pintu bilik bernombor 01 yang bersebelahan tandas.

“Aaaaaaaaaaaaaaah!!!” Suara nyaring itu kedengaran lagi. Dia menjenguk sedikit dan melangkahkan kaki kanan untuk masuk diikuti Hakimah dan Ruwayda. Kelihatan seorang perempuan sedang terbaring di tingkat bawah katil dua tingkat sebelah kiri pintu. Perempuan yang kelihatan berserabut rambutnya itu dicengkam kuat kedua-dua belah tangannya oleh dua orang perempuan sambil terkumat-kamit mulut mereka membaca sesuatu. Terdapat dua orang lagi duduk bersimpuh atas lantai bilik sambil membaca Surah Yasin. 

“Sakit la wei!!!!! Lepas aku kata!!!” pelajar itu mengaum kuat.

Aqilah menghampiri pelajar itu. Seorang pelajar perempuan yang memegang tangan kiri pesakit itu bangun memberi ruang kepada Aqilah. Direnung sekilas pelajar yang sakit itu. Seperti familiar. Desis hati Aqilah. Ya, dia pernah nampaknya di surau baru-baru ini. Namun begitu, mereka belum pernah berkesempatan untuk berbual.

“Siapa namanya ya?” Tanya Aqilah.

“Siti Hamidah, kitorang panggil dia Siti aje” jawab teman pelajar perempuan itu.

“Mari kita angkat Siti baring di bawah.” Ajak Aqilah kepada sahabat-sahabatnya. Siti menggelupur. Menyukarkan mereka itu mengangkatnya. 

“Aaaaaah!!!” dia menjerit lagi. Akhirnya mampu juga mereka memindahkan Siti ke lantai yang bertikar itu.

“Boleh minta sediakan air mineral?” pinta Aqilah kepada mereka yang berdiri berdekatan.



Aqilah duduk bersimpuh di sebelah kanan Siti. Dia beristighfar perlahan. Melafazkan kalimat ta’awuz sebanyak tiga kali. Bersungguh-sungguh dia memohon perlindungan kepada Allah daripada gangguan syaitan yang direjam.

Bibirnya didekatkan sedikit ke telinga Siti. Tangan kanannya diletakkan di kepala Siti. Ingin dibaca ayat-ayat Ruqyah Syar’iyyah yang memang sudah dihafalnya. Dimulakan bacaan dengan Surah al-Fatihah. Dibacanya secara tartil.

Setelah itu diteruskan dengan membaca surah al-Baqarah ayat satu hingga lima. Badan Siti sedikit mengeras dan bergetar. Dia berteriak lagi.

Aqilah tidak memberhentikan bacaannya. Diteruskan dengan ayat 102, 103, 163, 164 dan apabila tiba ayat 255 surah al-Baqarah iaitu ayat Kursiy tubuh Siti semakin bergetar hebat.

“Aaaaaaahhh!! Sakit!!!! Sakit!!!!”

Bacaan tetap diteruskan sehingga ayat 257. Suara nyaring meletus lagi. Semakin meninggi. Semakin meronta-ronta. Aqilah tetap tidak memberhentikan bacaannya. Disambung lagi membaca penghujung surah al-Baqarah iaitu ayat 285 dan 286. Semakin kuat Siti menarik tangannya untuk dilepaskan. Sehinggakan memaksa Hakimah dan Ruwayda menguatkan lagi cengkaman di tangan Siti. Jeritannya semakin kuat dan sedikit berubah serak.

Memasuki Surah Ali-‘Imran, Aqilah tetap meneruskan bacaan tanpa beriak kasihan. Tiba ayat ketiga surah itu suara yang sedikit serak itu bersuara lagi.

“Cukup!!!! Cukup!!! Aku dah tak tahan!!! Sakit!!!!!! Aku tak nak kacau dah!!!” Si ‘dia’ seperti sudah mengalah.

Aqilah berhentikan bacaannya dan memulakan bicara. “Baiklah, tapi kau mesti jujur jawab soalan aku. Siapa nama kau? Apa agama kau?”

“Mus’ab. Aaku Islam.” Jujur si ‘dia’ menjawab walaupun agak tergagap.

“Kenapa kau ganggu dia ni?” soal Aqilah lagi.

“Aku suka dia. Dia selalu sorang-sorang.” Berterus terang Mus’ab menjawab.

“Kau ada bawa jin lain masuk tubuh ni?” Aqilah inginkan kepastian.

“Aku saja.”

“Kau ada bekerja dengan sapa-sapa untuk masuk ke dalam jasad ni?” soalan diteruskan sambil kepala Siti masih disentuh.

“Tak ada. Aku sendiri-sendiri saja.”

“Kau ada di bahagian mana sekarang?”

“Lengan” jujur sekali Mus’ab menjawab. Aqilah memegang lengan Siti.

“Kau Islam sudah tentu kau tahu yang perbuatan kau ni salah. Allah tidak menyukainya. Kau pasti akan ditimpa azab berat jika tidak bertaubat. Nama kau Mus’ab sepatutnya memudahkan orang lain bukan menyusahkan. Kau nak keluar atau tidak?” Aqilah mengancam sedikit Mus’ab dengan peringatan azab dan sempat juga dia menggunakan nama Mus’ab yang bermaksud yang MUDAH.

“Nak. Nak.” Pantas Mus’ab menjawab lagak budak kecil yang ditawarkan mainan.

“Alhamdulillah.. jika kau nak keluar sebelum tu kau kena berjanji kepada Allah. Ikut aku lafaz”

“Aku berjanji kepada Allah ta'ala bahwa saya akan keluar dari jasad ini dan saya tidak akan kembali lagi kepadanya; juga tidak akan kembali (masuk) kepada salah seorang dari kaum Muslimin. Jika saya melanggar janji saya, maka saya akan terkena laknat Alah, para malaikat dan semua manusia. Ya Allah, jika aku jujur, maka mudahkanlah bagiku untuk keluar dan jika aku berdusta, maka berilah kekuatan kepada orang-orang Mu'min terhadap diriku. Allah menjadi saksi atas apa yang aku ucapkan”.

Mus’ab mengikut satu per satu lafaz janji yang diungkapkan Aqilah. Selesai janji dilafaz tubuh Siti kelihatan terkulai. Aqilah mengambil air mineral yang telah di‘baca’ dengan ayat-ayat suci al-Quran sebentar tadi. Lalu disapukan ke wajah Siti yang pucat sambil berselawat. Diulang beberapa kali kemudiannya kelopak mata Siti kelihatan bergerak-gerak sedikit. Matanya dibuka perlahan.

“Aduh…..” Siti mengaduh perlahan sambil memegang lengannya. Dikerut-kerutkan wajahnya. Mungkin kesan cengkaman tadi.

“Siti ke?” soal Aqilah inginkan kepastian Siti sudah ‘bebas’.

“Ya..Siti ni” perlahan sahaja. Normal suaranya. Aqilah membantu Siti untuk duduk.

“Mari saya check sikit lagi ya. Nak tengok dia dah betul-betul pergi atau tidak.” Siti hanya mengangguk merelakan.

Setelah dibaca beberapa ayat Ruqyah lagi tubuh Siti kelihatan sudah pulih. Alhamdulillah, Mus’ab benar-benar mengotakan janjinya. Moga-moga begitulah. Desis hati kecil Aqilah.  

“Minum air ni ya. Jangan lupa selawat.” Aqilah menyuakan air itu kepada Siti.

Setelah selesai dan memberi sedikit pesan, Aqilah, Hakimah dan Ruwayda meminta diri.

Aqilah mengerling sekilas ke arah jam tangan jenama Quartz miliknya. Jarum pendek mendekati angka sepuluh. Manakala jarum panjang pada angka sebelas. “Lama juga ya” desis Aqilah perlahan.

“Alhamdulillah mudah juga dia keluar kan” Hakimah berkata. Mereka bertiga menuruni tangga blok Fatimah Az-Zahra.

Sampai di bawah blok ada nada mesej masuk ke dalam peti masuk telefon bimbit Aqilah. Diseluk beg sandangnya. Mesej dari setiausaha JAKMAS kolejnya. Ada mesyuarat tergempar sekejap lagi. “Ek?” Aqila mengangkat sedikit keningnya.

“Kenapa Qila? Ada kerja?” Soal Ruwayda.

“Yup, ana ada meeting, baru dapat mesej ni, korang balik dulu ya.”

Setelah bersalaman, mereka melangkahkan kaki menuju destinasi masing-masing. Aqilah menuju ke bilik mesyuarat JAKMAS di bangunan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa di sebelah kafe. Tubuhnya terasa sedikit penat akibat me‘lawan’ tadi. Tetapi, belaian tubuh perlu diabaikan dahulu. Aqilah melangkah kemas. Amanah tetap manah.




P/S: Suka CERPEN S.I.K bahagian 2 ini? Kalau suka sudi-sudikanlah diri untuk ‘like’ dan beri sedikit komen kepada ana. Sama-sama kita sebarkan da’wah. Kredit untuk anda dan kredit juga untuk insan yang dhoif ini. Syukran. Wallahu a’lamu a’lam…

Friday 24 June 2011

Surah Al Kautsar

- Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. 

- Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu 
...dan lebih wangi daripada kasturi. 

- Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. 

- Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, Insya'allah hilang dahaga. 

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. 

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.See More 

Friday 3 June 2011

Teruskanlah berzikir hingga akhir hayat...

Saudaraku, seiman seaqidah. Mengapa kita terus menerus berdzikir? Karena umur kita terus bertambah usia berkurang. Semakin lama, tiap jam, tiap menit, tiap detik, kita semakin mendekati kematian. Dan sesungguhnya hamba-hamba yang beriman sangat menantikan husnul khotimah.

Bagi orang yang beriman, tidak peduli di mana ia mati. Tapi bagi orang-orang beriman, ia peduli bagaimana cara ia mati.

Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang di akhir hayatnya melafazkan dzikir 'laa ilaaha illallah' maka ia akan masuk surga."

Sungguh bahagia mereka yang selalu berdzikir kepada Allah. Inilah ibadah hitungan detik.

Ingat, ada ibadah tahunan misalnya shalat Idul Fitri, shaum Ramadhan. Ada pula ibadah bulanan, antara lain shaum sunnah ayyamul biidh. Ada lagi ibadah mingguan, misalnya Shalat Jum'at. Ada pula ibadah harian, antara lain sholat fardhu lima waktu, isya, subuh, dzuhur, ashar, hingga maghrib.

Nah, ada ibadah setiap detik, setiap kesempatan, di mana pun, kapan pun, dalam posisi apa pun, yaitu dzikir kepada Allah SWT. Dengan demikian hubungan kita kepada Allah SWT tetap terjaga.

Sehingga di saat puncaknya goncangan hidup yang lebih dahsyat dari tsunami, lebih dahsyat dari badai Katrine, dimana semua orang pasti akan mengalaminya, yaitu sakaratul maut; ia tetap tenang, karena hatinya selalu berdzikir kepada Allah. Lalu Allah memanggilnya seperti dalam surat Al Fajar...

"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku." (QS. Al Fajr: 27-30)

Karena itu, siapa pun yang merindukan meninggal dalam keadaan baik, maka ia harus selalu berdzikir. Itulah husnul khotimah. [ai]

Sunday 29 May 2011

LAWATAN KE PUSAT FALAK SYEIKH TAHIR, PULAU PINANG.


betapanya indahnya ciptaan tuhan...


salah satu daripada nebula yang wujud berjuta-juta tahun cahaya daripada bumi.


matahari hampir terbenam









alangkah indahnya alam ciptaan tuhan...
betapa besarnya alam ini sehinggakan wujud bintang - bintang yang berkedudukan bejuta-juta tahun cahaya la manya...

Marilah kita sama-sama bersyukur dan menghayati alam ciptaan tuhan
"Berfikirlah pada ciptaan Allah, dan janganlah berfikir pada zat Allah"

Saksikanlah betapa indahnya detik-detik matahari terbenam :








Bersyukurlah anda kerana matahari yang indah ini masih terbit dari sebelah timur dan terbenam di barat...
jangan tunggu saat pergerakan matahari yang cantik ini berubah kerana pada waktu itu taubatmu sudah tidak diterima lagi.

Fikir - fikirkanlah dan selamat beramal.....


Friday 13 May 2011

Peringatan...

'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'(AL-AN’AM-6)


Kisah seorang ahli perubatan Islam menceritakan:

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"

Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "

Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".

Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"

Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."

Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"

Pesakit: "Agama Monoteisme"

Saya: "Agama apa tu..?"

Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"

*Terkena jugak RIDAM.. :(

Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"

Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."

Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."

Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."

Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"

Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."

Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."

Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"

Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."

Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"

Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"

Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"

Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."

Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'

Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"

Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."

Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"

Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."

Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."

Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"

Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"

Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"

Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"

Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"

Saya: "A'ah...kenapa?"

Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."

Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."

Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."

Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"

Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."

Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."

Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."

Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"

Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"

Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."

Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"

Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

---------

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

----------

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

-----------

'...Fakul innamal ghaibulillah.'.
Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)

----------------

Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat ini dalam Al-Quran:

1)Al Ankabuut - Ayat 19
'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'

2)Al An'am - Ayat 6
'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'

3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

*Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keengganan bumi untuk diambil tanahnya. Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu? 


1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah saya alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini..

2)Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada pemahaman sendiri. Jika salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka saya memohon jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut.

3)Pendapat saya, anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada manusia. Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya kita bermunasabah dan tidak leka mengingati Allah..

Khairumminallah wasyarrumminnafsih,
Sekian.