Jangan Malas Solat!

Jangan Malas Solat!

Thursday 14 April 2011

Khaled Masy'al Pemimpin Hamas Digeruni Musuh

Mendekati pemimpin yang digeruni musuh


Khaled yang nama penuhnya Khaled Abdel Rahim Ismail Abdel Qader dilahirkan pada 1956 di Kampung Salwad dalam daerah Ramallah di Palestin. Beliau mendapat pendidikan awal di Ramallah pada 1967 dan selepas itu berhijrah bersama seluruh ahli keluarganya ke Kuwait, menyambung pelajaran peringkat menengah di Kuwait.

Semasa belajar di peringkat pengajian tinggi di Universiti of Kuwait, Khaled belajar dalam bidang Fizik hingga bergelar graduan. Ketika belajar di situ, Khaled menjadi perintis kepada penubuhan rangkaian belia yang menjadi sayap kanan Hamas. Ini kerana kerajaan Kuwait pada masa itu amat menyokong penuh rakyat Palestin mengalahkan rakyat mereka sendiri hingga ke hari ini.

Dalam kesempatan mendapat sokongan padu kerajaan Kuwait, Khaled menyediakan kader-kader yang bersedia untuk dikerahkan ke Palestin menghadapi kekejaman rejim Yahudi dengan pembiayaan yang ditanggung oleh pihak berkuasa. Akhirnya kecenderungannya berpolitik telah mendorongnya menubuhkan Rangkaian Politik Palestin di universiti berkenaan.

Beliau juga bertanggungjawab mengasaskan Briged Islam yang dikenali dengan "Haq" yang mengatasii pengaruh mahasiswa-mahasiswa pro-Fatah di universiti yang sama. Setelah menamatkan pengajian, Khaled segera menukar nama briged yang diasaskannya itu kepada Rabitah Islam Pelajar-pelajar Palestin (Ikatan Islam).

Kerjaya sebagai Guru Fizik

Setelah berjaya bergelar mahasiswa, Khaled memulakan kerjaya sebagai seorang guru fizik selama masih berada di Kuwait, seterusnya mendirikan rumahtangga pada 1980 dan dikurniakan seramai tujuh orang anak, tiga perempuan dan empat lelaki. Walaupun sibuk dengan tugas mengajar di samping menitik beratkan urusan keluarga, Khaled tetap memberi ruang dan masa bagi kemajuan isu Palestin.

Beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai guru kerana mahu menumpukan seluruh masa dan tenaganya untuk rakyat Palestin. Beliau terlibat dalam penubuhan Hamas pada 1987 bersama Syeikh Ahmed Yasin, Dr Abdel Aziz Rantisi dan rakan-rakan yang lain, yang merupakan cabang daripada Gerakan Ikhwan Muslimun yang berpusat di Mesir.

Antara jawatan penting Hamas yang disandangnya hingga kini ialah Ketua Jabatan Politik Hamas di Jordan bermula pada 1987 dan di Damsyik, Syria hingga kini, beliau dianggap sebagai perancang utama Hamas selepas Syeikh Ahmed Yasin dan Dr Abdel Aziz Rantisa yang mati syahid kerana dibom oleh rejim Yahudi atas bantuan dan maklumat yang diberikan oleh tali barut Israel di kalangan pengikut Fatah.

Percubaan untuk membunuh Khaled

Pada 25 September 1997, Mosad Israel yang mendapat kerjasama pasukan kesalamatan Israel atas arahan langsung daripada Perdana Menteri ketika itu, Benjamin Netanyahu supaya membunuh Khaled. Beliau yang ketika itu berwarganegara Jordan dan menetap di situ tidak mengesyaki apa-apa, apabila 10 anggota Mosad yang menyamar sebagai warganegara Kanada menemuinya di kediaman yang terletak di Jalan Wasfi al-Tal di Amman.

Tujuan mereka ialah untuk menyuntik bahan beracun ke tubuh Khaled agar mati secara senyap-senyap. Walau bagaimanapun takdir Allah SWT lebih mendahului perancangan jahat Mosad itu, apabila kemasukan mereka ke Amman dapat dibongkar oleh pegawai imigresen yang mendapati mereka menggunakan dokumen perjalanan palsu, akhirnya para pegawai imigresen bergegas ke kediaman Khaled dan berita itu sampai ke pengetahuan Raja Hussein Talal dan memerintahkan agar kesemua anggota Mosad itu meninggalkan Jordan serta merta.

Benjamin Netanyahu tidak bersetuju dengan tindakan dan campur tangan Raja Hussein yang menahan kesemua anggota Mosad yang terlibat. Namun Raja Hussein menyampaikan berita itu kepada pengetahuan Presiden Amerika, Bill Clinton yang meminta agar Benjamin terima dengan lapang dada, beliau tetap tidak setuju, akhirnya Bill Clinton menegaskan bahawa beliau tidak boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan Benjamin yang disifatkan sebagai orang gila.

Satu pertemuan diadakan antara Benjamin, Raja Hussein dan disaksikan oleh Bill Clinton. Benjamin mendesak Raja Hussein agar membebaskan kesemua anggota Mosad yang ditahan di penjara Amman. Raja Hussein terima cadangan itu tetapi dengan syarat, 10 anggota Mosad yang dibebaskan itu digantikan dengan pembebasan pemimpin Hamas Syeikh Ahmed Yasin yang dijatuhkan oleh mahkamah Israel penjara seumur hidup, perjanjian itu dimeterai dan masing-masing bersetuju.

Kronologi percubaan untuk menangkap

Pada Ogos 1999, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengeluarkan arahan kepada Raja Hussein agar menangkap Khaled Masy'al, surat tangkapan itu diserahkan sendiri oleh Setiausaha Luar Amerika, Madelein Albright.

Oktober 2002, ketika satu persidangan Belia Islam Sedunia diadakan di Riyadh-Arab Saudi, Putera Mahkota Amir Abdullah (sekarang Raja Abdullah) dikatakan menerima satu surat daripada Hamas dan Kerajaan Palestin pimpinan Yasser Arafat, bahawa Khaled Masy'al diarahkan untuk bertemu dengan beliau di Riyadh, sedangkan Khaled yang turut menyertai persidangan itu tidak tahu menahu tentang arahan itu, akhirnya beliau enggan bertemu dengan Amir Abdullah kerana mengesyaki bahawa itu adalah umpan untuk menangkapnya.

Tanggal 23 Mac 2004, tiga hari selepas kesyahidan Syeikh Ahmed Yasin, pengisytiharan dibuat bahawa orang yang akan menggantikan tempat almarhum Syeikh Ahmed ialah Khaled Masy'al yang dituduh oleh Israel melakukan percubaan membunuh, sedangkan pembunuhan itu dilakukan oleh rejim Israel. Itu merupakan helah untuk melihat sejauhmana Khaled melatah dalam isu fitnah berkenaan.

Tanggal 20 Januari 2006, Hamas menang bergaya dalam pilihan raya Palestin yang membolehkannya membentuk kerajaan yang sah, namun ia disangkal oleh Amerika dan Israel. Malah mereka memilih Mahmoud Abbas sebagai Presiden. Sejak daripada itu Khaled menjadi sasaran kerana dianggap sebagai perancang dalam kejayaan Hamas dalam pilihan raya, serangan demi seranag sama ada dengan memfitnahnya, atau mahu membunhnya, semua itu tersedia dalam perancangan Israel untuk membunuhnya.

ditulis oleh : Ustaz Zainudin Hashim


Saturday 2 April 2011

ZAHIRNYA IMAM MAHDI....DI KALANGAN BANGSA KITA???? Al-Fadhil Ustaz Zainul Asri bin Haji Romli

sedikit perkongsian buat semua..baru2 ni paklong zainol asri ada mai maahad bagi ceramah bertajuk "Kiamat Hampit Tiba"..ceramah ini tersangat la best, dan buat kali pertama, ana lihat semua budak2 maahad fokus betul2 terhadap sesuatu ceramah dan sanggup balik lewat semata- mata nak dengar lagi apa ustaz nak cakap..
jadi, ana nak kongsi sikit mutiara ilmu yang telah ustaz sampaikan kepada kami semua...
{ kita kini berada dalam fasa ketiga akhir zaman, yg mana telah diriwayatkan bahawa tempoh kebangkitan Rasulullah saw dengan Kiamat ibarat jara antara waktu Asar dengan Maghrib..dan kita kini lebih kurang 10 minit sahaja drpd waktu Kiamat tersebut, secara kiasan..}
{satu hari, Rasul telah bertemu dengan para sahabat, waktu itu mereka sedang berbincang bilakah akan berlaku Kiamat..lalu Rasulullah saw pun bersabda bahawa kiamat x kan berlaku melainkan setelah berlaku sepuluh perkara..iaitu
1- ad-Dukhaan (asap)
2- Khuruj ad-Dajjal
3- Dabbatul Ardh
4- Terbit matahari dari Barat
5- Nuzul Isa as
6- Yakjuj wa makjuj
7- 3 Gempa bumi-Timur-barat-Tanah arab
8- api yang keluar dari Yaman yang halau manusia ke padang mahsyar
(ustaz cuma state 8 ni ja, yg len bleh cari sendiri)
alamat kecil semua sudah berlaku, antaranya :- perempuan lebih ramai drpd lelaki- zina berlaku di tengah jalan- pakat main tolak2 tamau jadi imam..benda baik dipandang buruk, benda buruk dipandang baik- fitnah berlaku sampai jadi gelap yang amat pekat, maksudnya orang x boleh beza baik dgn buruk..dll..}
{ alamat pertengahan ialah zuhur al-Mahdi...- dia ialah seorang lelaki biasa yang disempurnakan ALLAH dalam 1 malam sahaja..sosok tubuhnya macam orang Bani Israel, wajahnya keAraban.-orang Yahudi kaji..depa kata al- Mahdi lahir drpd bangsa yang hilang (the lost track) maksudnya hilang daripada rekod..}
{ok, ikut susur galur Nabi Yaakub atau nama lainnya ialah Israel yang bermaksud Abdullah..Nabi Yaakub kahwin dengan Laiyya -ada 11/12 anak klu x silap an..ada sorang nama Yahuza..dia la asal keturunan Yahudi..pastu kahwin dgn Rahil, dapat Bunyamin dengan Nabi Yusuf..ada 2 anak iaitu Menehsa dan Epram.. daripada Menehsa..lahir bangsa Congo, Hawaii, Jepun, Levi dan lain2..Levi itu turut disebut Lavy, Jevi atau Jawi( Melayu)..sebab Yahudi ni dok kalut cari alMahdi ialah sebab kehancuran depa di tangan alMahdi.....satu hari ada sorang Professor Madya di UKMbuat kajian cari susur galur orang Melayu ni..drpd ujian DNA didapati bahawa 30 % DNA melayu sama dengan DNA bani Israel..sbb tu Melayu dituduh akan lahirkan alMahdi..kedudukan Malaysia denagn Washington DC betul2 bertentangan(klu x caya cuba tengok guna Google Earth)..bendera Malaysia pun lebih kurang denagn bendera US..dan orang melayu la yg paling banyak nama Muhammad..sebab tu la Yahudi target malaysia.depa cuba rapat dengan MAlysia sebab nak cari alMahdi..Facebook pun diguna untuk detect kebangkktan alMAhdi..yg kata nak tutup tu depa saja acah ja...depa buat pengkalan tentera di Singapura.askar2 singapura dilatih oleh Mossad..dan recently, Malaysia guna Apco..agensi Yahudi..jadi depa dapat access semua maklumat peribadi rakyat Malysia..pastu perkenal 1 malaysia pulak..1 malaysia itu..akan bawa kepada 1 agama( liberalism ..anggapan bahawa semua agama ialah sama) ..pastu 1 ekonomi, 1 dunia dan last skali..1 tuhan mata satu iaitu Dajjal..semua ni Yahudi dah plan lama dah..
Pastu isyarat 1 yang dguna dalam 1 malaysia tu..sepatutnya angkat jari telunjuk buat isyarat 1 tu hanya untuk mengesakan ALLAH..tapi depa buat untuk Malaysia yg mana kita dah Nampak dlm tu cuba nak pesongkan aqidah..}
{alMahdi pulak ikut ulamak kata ada 3..
1- Umar Abd Aziz
2- Muhammad al Fateh
3- ????
Antara strategi ALLAH nak jaga alMahdi..Muhammad b Abdullah (nama alMahdi) ada maksud tersirat..
Muhammad ialah hakikat ..maksudnya memang nama Muhammad..Abdullah ialah majazi..maksudnya ..abdullah tu kan maksud hamba ALLAH..maksudnya alMahdi bley jadi anak sapa2 ja..dan byk lagi la..
alMahdi akan muncul waktu peperangan besar..Dan antara alamat pertengahan lagi ialah byk gempa bumi..mmg dah Nampak sekarang pun..}
{ ok.ada sorang tok guru ni..namanya TG Hj Saad Monggoi(klu x silap ana dengaq la) ..ada karamah..bila kena hujan x basah..anak murid TG cerita..TG pernah cakap..Alor Setar dgn Langgar akan bersambung, waktu tu orang akan buat titi atas daratan(maksudnya jalan atas la) waktu tu perang besar akan berlaku..waktu tu la aMahdi akan muncul}
{ ada satu hadis lagi..x ingat matan dia..tapi cerita pasal mesir ..lepas Ham(ﺣﻢ) mesir akan diperintah oleh Malikul Misr yang adil..dia akan serahkan pemerintahan kepada alMahdi..nak tau sapa Malikul Misr..tunggu pilihanraya Mesir bulan 9 ni..Ham tu maksudnya Hosni Mubarak.. (ﺣﻢ)..Mesir ialah Kinanatullah fil ardh..maksudnya tentera Mesir ialah tentera terkuat di dunia..}
{ nanti ada sorang Khalifah akan mati..dan akan timbul perselisihan antara anak-anaknya..khalifajh tu ialah raja Arab sekarang ni..ana x ingat nama dia..sekarang dia tengah sakit..dan dia dal lebih 100 org anak yg sedang tunggu untuk ambil takhta dia..mmg gerenti la ada perselisihan faham punya..sekarang ni ulamak dok ulang alik pi Mekah sbb nak cari alMahdi..waktu perselisihan tu..ada sorang lelaki lari pi madinah..dia tu alMahdi .dikejar oleh ulamak yg nak baiah dia..tapi dia xmau mengaku bhw dia alMahdi..depa turut dia pi Madinah ..dia patah balik pi Mekah..kat sana ditangkap..diugut akan dibunah kalau tamau mengaku dia alMahdi..baru dia mengaku..dia kan dibaiah antara rukun Yamani dgn Hajarul Aswad..
Akan ada satu kumpulan tentera Sufyani..merupakan keturunan dari Abu Sufyan..yg akan tentang alMahdi..ok..kita masuk sejarah sikit…ada 4 adik beradik iaitu Hasyim, abdul Mutalib, abd Syams dan Naufal..hanya Bani Hashim dgn bani abdul Mautalib jay g diiktirag golongan Ahlul Bait..sebab depa sokong dakwah nabi..Bani Abd Syams dgn Bani Naufal x diiktiraf sbb depa tentang dakwah nabi..nak dijadikan cerita..Abd Syams dgn Hashim ni kembar ..waktu lahir, jari Hasyim cucuk dahi abd Syams..bila ditarik jari Hashim ditarik, terpancutlah darah dr dahi Abd Syams..org Arab tengok, depa kata ni petanda x baik ni..dan memang betul, Saiyyidina Ali(keturunan Hashim) bertelagah dengan Muawiyah(keturunan Abd Syams)….khilafah Abbasiyah(keturunan Hashim) musuh dengan khilafah Umayyah( keturunan Abd Syams)..dan akhirnya dijangka alMahdi ( keturunan Hashim ) akan perang dengan tentera Sufyani ( keturnan Abd Syams)..tentera Sufyani..mengikut andaian ustaz..akan dipimpin oleh Sayyid Hassan Nasrallah..dia bukannya Ahlul Bait yg sebenar sbb dia asal drpd keturunan Abd Syams)..ini ialah andaian ustaz semata-mata..itulah perang besar yg akan terjadi..erm..nak kenal alMAhdi..dia sorang jay g tau lokasi sebenar gua Ashabul Kahfi..dalam gua tu ada Tabut iaitu peti (klu x silap ana) milik Raja Thalut dlm nya ada ‘sakinah’ dan dibawa malaikat..(klu x silap ana la)..dalmnya ada peninggalan Nabi Musa dan Nabi Harun seperti tongkat nabi Musa..}
{ 2012 ialah kiamat bagi bangsa Yahudi..dalam alQuran ada 2 surah yg banyak cerita ttg akhir zaman, iaitu surah alKahfi dan Surah al-Isra’..
Surah al-Kahfi ada 110 ayat..srita tentang zuhurul Mahdi..Rasulullah suruh hafal 10 ayat pertama dan terakhir surah ni.untuk perlindungan drpd fitnah Dajjal..dan baca pada siang /malam Jumaat..ada fadhilatnya..Surah al-Isra’ pulak cerita tentang kehancuran Yahudi ..ada 111 ayat..nombor 110 dan 111 ada mesej drpd ALLAH..zaman teknologi sekarang, no 1 dan 0 digunakan dlm teknologi..even kita nak hantar mesej pun, setiap huruf yang kita taip akan diterjemah dalam bentuk digit2 tersebut..paklong kata kalau ada pakar IT sekarng ni, tolong la kaji mesej apa yg ALLAH nak hantar pada kita..cuba tambah umur kita dgn tahun kita lahir..contonya: ustaz lahir tahun 69 , umur ustaz 42..69 +42= 111..korang cuba buat sama..gerenti jawapannya 111..ada maksudnya tu.even tarikh2macam 1/1/11, 11/1/11, 1/1/10 dan tarikh2 yg seangkatan dengannya ada mkna di sebaliknya..
Tarikh 12/12/12 ialah sempadan bermulanya era Dajjal..cuba search kat internet nama Henry Cassinger, bekas s/u amerika..dia salah seorang pimpinan yang jaga khuruj adDajjal..depa ada communication dgn dajjal sekarang.}
{ustaz kan mengajar Sunan Abu Daud..satu hari sampai bab alMahdi..ustaz ada sampai satu tempat di Lubnan klu x silap ana..waktu ust hantar anak muridnya..nama tempat ti Tal..ada sebut dlm hadis yg ust ajar sbg tempat akan berlakunya perang Armageddon yg diuar-uarkan tu..antara alMahdi dgn Yahudi..
Ada satu lagi tmpat nama Wuthoh di Syria..org kat situ kata yg tu tmpt kubu perang alMahdi(klu x silap ana)..tmpt tu byk pokok dan berkabus sikit..malam tu ust mengajar Sunan Abu Daud..dan tengok2 malam tu hadis tu ada sebut tentang tempat nama Wuthoh tu..
Dan..ustaz pun kata..setakat ini saja la saya bagi..klu ikutkan banyak lagi nak bagi..tapi ustaz ada mesyuarat..dan buat pertama kali ana tengok budak maahad mengeluh sbb ceramah habis….

{ustaz jugak ada cerita tentang sejarah Kedah..Merong Mahawangsa ialah cucu kepada Maharaja Taisitung, drpd Dinasti Tang..Maharaja tersebut Islam di tangan Saiyyidina Saad b Abi Waqqas pada 650 masihi..Merong Mahawangsa ni drpd keturunan Zulqarnain..dia dihantar ke Kedah sebagai pendakwah oleh Maharaja China..makamnya ada kat Kg Langgar/Bujang..yg nama Makam Sultan Muzaffar Shah tu..yg tu la makam Merong Mahawangsa..dia telah berkahwin dengan Sharifah Maryam al-Jufri, anak kepada Sayyid Jamalul Alam yang urus pemantauan penyebaran dakwah..kuburnya di Kg Tok Soh, Pinang Tunggal..Tok Soh tu merujuk kepada Sharifah Maryam.. ustaz jugak kata sultan kedah berketurunan Ahlul Bait..
Sultan Mahmud telah dibunuh di belakang Balai Polis Gurun utk hilangkan keturunan Ahlul Bait tu..pastu Sultan Abd HAmid dilantik..telah berkahwin dengan Sharifah Sofia al-Jufri..dan juga Manjalara, anak kepada raja Siam..di situ juga ada rancangan nak hapuskan keturunan Ahlul Bait drpd kerajaan Kedah..depa nak lantik Tengku Ibrahim, anak Manjalara sebagai tengku Mahkota..tapi ALLAH Maha Besar..Tengku Ibrahim telah meninggal dunia sebelum sempat ditabalkan jadi Putera mahkota..so, takhta dapta balik kat Sultan Badli Shah, anak kepada Sharifah Sofia al-Jufri..dari nya sampai kat Sultan Abdul Halim..sultan kita la ni..Shah dekat nama sultan tu bukan saja2 letak..maksudnya Sharif ataupun keturunan Ahlul Bait..
Lagi satu, kalau kita pi Acheh, klu kita kata kita org Malaysia..depa x respect kita, tapi klu kita kata kita org Kedah, depa respect..dan rai kita..sbb depa anggap org Kedah ni satu rumpun dengan depa..budaya orang Acheh dengan orang Kedah pun lebih kurang…muka pun lebih kurang..dulu anak raja Acheh kahwin dengan anak raja Kedah..kelebihan bangsa Acheh ialah depa satu-satunya bangsa yg x pernah dijajah..start lepas tsunami tu baru depa start kerjasama dgn Jakarta dll..dulu org kedah nak pi Mekah akan singgah Acheh dulu..sebab tu Acheh digelar Serambi Mekah..Masjid Baitur Rahman yg terselamat srpd tsunami dulu pun design dia sebijik dgn design masjid zahir kita..sebab arkiteknya ialah org yg sama..}
{ust jugak cerita bahawa alMahdi bukan tergolong drpd Rijalul Ghaib..iaitu orang yg dimatikan dlm abad lain, kemudian ALLAH hidupkan kembali pada watu lain..contohnya seperti Ashabul Kahfi, Hang Tuah, Nabi Khidir as..Hang Tuah merupakan hulubalang Melaka, dia juga ialah Narai dlm kerajaan Ayuthia..
Sapa nak jumpa Nabi Khidir pula, pi Mekah, buat tawaf sunat lepas Asar, kemudian rapat dengan Rukun Yamani, insyaALLAH akan jumpa..kalau ada rezeki , ALLAH akan izinkan..ciri2 nya, ornagnya kecil, kurus berjanggut putih dan bertongkat buluh..kehebatannya, Nabi Khidir tau hari ni sapa yg diangkat jadi auliya’ , sapa yg digugurkan drpd martabat tersebut dan mcm2 lagi yg ana x tau..pernah ditanyakan kepada NAbi Khidir as..pernah x jumpa org yg lebih tinggi darjat drpdnya?..Nabi Khidir jwb, pernah..satu hari, NAbi Khidir as pi satu masjid..ada ramai org tengah keliling Syeikh Abd Razzak yg terkenal..tgh ada pengajian..tp ada sorang ank muda berusia belasan tahun, tgh dok sorang2 kat penjuru, x masuk dlm pengajian..tgh peluk lutut sambil tunduk..nabi Khidir as pi kat dia.. Tanya dia sbb apa x pi ngaji sama2..dia jawab, aku x mengaji drps syeikh abd Razzak..aku mengaji drpd arRazzak.. nabi khidir terkejut lalu kata balik kat dia..kalau betul la apa yg engkau cakap..siapakah aku ni? Org muda tu jawab, andai benarlah firasat aku, engkaulah Khidir..terkedu nabi Khidir..org muda tu langsung x angkat muka dia..nabi khidir terkejut sbb budak tu baru belasan tahun..tpi dah jadi auliya’..macam mana pulak dengan kita????}
Semua ni ana nukilkan buat perkongsian bersama..andai ada kesilapan..ianya berpunca drpd kecuaian ana sendiri dan jutaan maaf dipohon ..harap diperbetulkan andai ada sebarang khilaf..syukran jazilan..